Matlamat Pembangunan Mampan 7

Matlamat Pembangunan Mampan 7: Tenaga Berpatutan dan Bersih (SDG 7) adalah salah satu daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan yang ditubuhkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2015. Ia bertujuan untuk "memastikan akses kepada tenaga yang berpatutan, boleh dipercayai, mampan dan moden untuk semua."[1] Akses kepada tenaga adalah tonggak yang sangat penting demi kesejahteraan rakyat serta pembangunan ekonomi dan pembasmian kemiskinan.[2]

Matlamat itu mempunyai lima sasaran yang perlu dicapai menjelang 2030.[2] Kemajuan ke arah sasaran diukur dengan enam penunjuk. [2] Tiga daripada lima sasaran ialah "sasaran hasil": akses sejagat kepada tenaga moden; meningkatkan peratusan tenaga boleh diperbaharui global; dan menggandakan peningkatan kecekapan tenaga. Dua sasaran yang selebihnya ialah "cara mencapai sasaran": untuk menggalakkan akses kepada penyelidikan, teknologi dan pelaburan dalam tenaga bersih; dan mengembangkan dan menaik taraf perkhidmatan tenaga di negara membangun. Dalam erti kata lain, sasaran ini termasuk akses kepada tenaga mampu milik dan boleh dipercayai sambil meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dalam campuran tenaga global. Ini akan melibatkan peningkatan kecekapan tenaga dan meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk memudahkan akses yang lebih terbuka kepada teknologi tenaga bersih dan lebih banyak pelaburan dalam infrastruktur tenaga bersih. Rancangan memerlukan perhatian khusus kepada sokongan infrastruktur untuk negara-negara kurang maju, pulau-pulau kecil dan negara membangun yangdikelilingi daratan.[3]

  1. ^ United Nations (2015) Resolution adopted by the General Assembly on 25 September 2015, Transforming our world: the 2030 Agenda for Sustainable Development (A/RES/70/1)
  2. ^ a b c Ritchie, Roser, Mispy, Ortiz-Ospina (2018) "Measuring progress towards the Sustainable Development Goals." (SDG 7) SDG-Tracker.org, website
  3. ^ "Goal 7: Affordable and clean energy". UNDP. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 September 2018. Dicapai pada 28 September 2015.

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search